31 March 2011

Tingkatan 5

Bab 3:Pengangkutan

Soalan Latihan:

Encik Wahid  ialah seorang pekebun sayur di Cameron Highlands.Beliau menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di kebunnya seperti kubis , lobak merah, brokoli dan kacang panjang.Disamping itu, beliau juga menanam bunga mawar dan bunga orkid.Beliau telah memasarkan hasil tanamannya di sekitar bandar Kuala Lumpur dan Ipoh .Beliau juga telah merancang untuk memasarkan bunga-bungaannya ke Jepun dan Hong Kong.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

1.  Terangkan peranan pengangkutan kepada Encik Wahid. [8 markah]

2.   Apakah pengangkutan yang sesuai digunakan oleh Encik Wahid untuk memasarkan keluarannya di sekitar Kuala Lumpur dan Ipoh?
Berikan alasan anda terhadap pemilihan jenis pengangkutan tersebut. [5 markah]