27 April 2011

Tingkatan 5

Bab 1 : Perbankan Dan Institusi Kewangan

1. Terangkan empat  perkhidmatan yang disediakan Bank Simpanan Nasional kepada pelanggan. [8 markah]

2. Terangkan empat  perkhidmatan pembiayaan yang disediakan Bank Perdagangan kepada pelanggan. [8 markah]

3. Terangkan empat  perkhidmatan pembayaran yang disediakan Bank Perdagangan kepada pelanggan. [8 markah]

4. Terangkan empat  perkhidmatan yang disediakan Bank Islam kepada pelanggan. [8 markah]

5. Jelaskan sebab-sebab cek laku. [5 markah]

23 April 2011

Tingkatan 5

Bab 2 : Insurans

1(a) Huraikan tiga jenis prinsip insurans.(9 markah)

2  Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan soalan 2(a),2(b) dan 2(c).
   
Encik Zamrul merupakan pemilik Pasar Raya Maju di Bandar Kuching.Beliau mempunyai 50 orang pekerja.Beliau turut mempunyai gudang berhampiran pasar raya yang digunakan untuk menyimpan stok barangannya.Pasar Raya Maju mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk di sekitar Bandar Kuching khususnya pada hujung minggu.Beliau turut mempunyai dua buah lori untuk menghantar barang kepada peniaga runcit kecil-kecilan yang membeli barang daripada pasar raya tersebut.

(a) Berdasarkan petikan di atas, terangkan lima jenis polisi insurans yang boleh anda cadangkan untuk dibeli oleh Encik Zamrul sebagai pemilik Pasar Raya Maju.(10 markah)
(b)  Terangkan kepada Encik Zamrul prosedur-prosedur yang harus diikuti oleh beliau untuk membeli polisi insurans.(10 markah)
(c) Jika kemalangan berlaku semasa pekerja pasar raya ini menghantar barang ke kedai peruncit kecil-kecillan, jelaskan apakah prosedur yang harus diikuti bagi Encik Zamrul bagi menuntut pampasan daripada syarikat insurans yang berkenaan.(10 markah)



  

Tingkatan 4

Bab 5:Industri Kecil dan Sederhana

1. (a) Terangkan lima ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana(IKS).(10 markah)
    (b) Huraikan tiga perkaitan antara industri kecil dan sederhana dengan industri berat.(9 markah).
    (c) Terangkan lima kebaikan industri kecil dan sederhana kepada masyarakat dan negara.(10 markah)
    (d) Terangkan empat masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha industri kecil dan sederhana.(8 markah)
    (d) Jelaskan lima cara mengatasi masalah-masalah dalam industri kecil dan sederhana.(5 markah)

Tingkatan 4

Bab 4: Perniagaan Antarabangsa
1. (a) Apakah maksud perniagaan antarabangsa?(1 markah)
    (b) Terangkan jenis-jenis perniagaan antarabangsa.(6 markah)
    (c) Terangkan faktor-faktor wujudnya perniagaan antarabangsa.(8 markah)
    (d) Jelaskan empat perbezaan antara perniagaan antarabangsa dengan perniagaan dalam negeri(8 markah)
    (e) Nyatakan tiga kebaikan perniagaan antarabangsa kepada pihak-pihak berikut:
          (i)   Pengguna (3 markah)
          (ii)  Negara      (3 markah)
          (iii) Peniaga    (3 markah)
    (f) Huraikan empat halangan dalam perniagaan antarbangsa(12 markah)
    (g) Terangkan empat cara mengatasi halangan dalam perniagaan antarabangsa.(8 markah)

8 April 2011

Tingkatan 5

Bab 3 : Pengangkutan

Maksud

Memindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip

Peranan Pengangkutan  

1.       Membawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang
-dapat menyelaraskan permintaan dan penawaran
-dapat menstabilkan harga
2. Edar barang ke merata dunia
-pasaran lebih luas
-pilihan pengguna banyak
3. Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
4. Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
5. Mengelakkan pembaziran
6. Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
7. Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
8. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
            -mewujudkan peluang pekerjaan
            -mengurangkan kadar pengganguran
-meningkatkan taraf hidup masyarakat
-meningkatkan pendapatan Negara
9. Menggalakkan penyebaran sains dan teknologi
10. Menggalakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

7 April 2011

Tingkatan 4

Bab 3 : Perniagaan Runcit


Penilaian Kendiri


1.  Dialog berikut adalah antara Nana dengan Nini.
Nini :     Bosan sungguhlah saya Nana, setiap kali nak membeli-belah saya terpaksa membuang masa mencari tempat letak kereta,dan kadang-kadang hampir satu jam berada dalam kereta.
Nana :   Nini, sekarang ni wujudnya perniagaan yang membolehkan kita membeli-belah dari rumah saja melalui internet.Sekurang-kurangnya ia dapat menjimatkan masa kita.
(i)  Apakah bentuk perniagaan yang dimaksudkan oleh Nana? [1 markah]

(ii) Jelaskan ciri-ciri perniagaan tersebut.  [4 markah]