24 November 2012

Bab 1: Asas Kepada Perdagangan

Soalan dan jawapan bagi Bab 1.

Soalan 1:
Jelaskan tiga perbezaan antara keperluan dengan kehendak manusia.[6 markah]

Jawapan:

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Keperluan

Kehendak
1.Sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk terus hidup.
1. Sesuatu yang diinginkan oleh manusia untuk hidup lebih selesa.
2. Keperluan manusia mempunyai batasan.
2. Kehendak manusia tidak terbatas.
3. Keperluan manusia adalah sama.
3.Kehendak manusia adalah berbeza berdasarkan citarasa dan tingkat pendapatan.




Soalan 2:
Huraikan keperluan manusia berdasarkan Model Hierarki Keperluan Maslow. [9 markah]

Jawapan:
Keperluan  fisiologi
Terdiri daripada keperluan paling asas dan keperluan keselamatan
Contoh:makanan, pakaian, tempat perlindungan dan udara yang  bersih /
manusia perlukan pasukan polis,tentera, undang-undang dan kerajaan 

Keperluan sosial
Terdiri daripada keperluan kasih sayang  dan keperluan penghargaan
Contoh: kasih sayang daripada ibubapa,adik beradik, saudara mara, sahabat handai /penghargaan dan penghormatan daripada masyarakat atas kejayaan yang diperolehi

Keperluan rohani
Merujuk kepada keperluan sempurna kendiri.
Contoh:Keperluan ini mendorong manusia mengasah bakat / memperoleh kepuasan daripadanya / bidang  seni, akademik, atau sukan



Soalan 3:
Apakah maksud pengeluaran? [2 markah]

Jawapan:
Maksud pengeluaran
Aktiviti /proses menghasilkan barang dan perkhidmatan bertujuan untuk  memenuhi keperluan dan kehendak manusia @ proses penciptaan nilai faedah.


  
Soalan 4:
Terangkan empat nilai faedah dalam pengeluaran. [8 markah]

Jawapan:
Nilai faedah bentuk
Bermaksud mengubah bentuk sesuatu keluaran supaya menjadi lebih berguna.
Contohnya  getah asli diubah menjadi kasut. 

Nilai faedah tempat
Bermaksud memindahkan barang ke tempat yang mempunyai permintaan.
Contoh kayu balak dari hutan di pindah ke kilang untuk diproses.

Nilai faedah masa
Bermaksud menyimpan barang sehingga barang itu diperlukan.
Contoh beras berlebihan semasa musim menuai disimpan untuk memenuhi permintaan pada luar musim.

Nilai faedah milikan
Bermaksud pertukaran milik barang daripada peniaga kepada pengguna.
Contoh  pengeluar menjual perabot kepada pengguna.


Soalan 5:
Jelaskan empat  perbezaan antara pengeluaran langsung dengan pengeluaran tak langsung.[8 markah]

Jawapan :
   

Pengeluaran Langsung

Pengeluaran Tak Langsung
1.     Pengeluaran yang diamalkan pada zaman silam
1.     Diamalkan pada zaman sekarang.
2.     Tidak wujud pengkhususan
2.     Mengamalkan pengkhususan.
3.     Pengeluaran untuk keperluan dan kehendak sendiri.
3.     Menghasilkan lebihan barang  untuk perniagaan

4.     Berbentuk kecil-kecilan/skala kecil.
4.     Skala operasi besar-besaran.
5.     Kaedah pengeluaran secara tradisonal/primitif.
5.     Kaedah pengeluaran lebih cekap.
6.     Tidak memerlukan bantuan orang lain.
6. Memerlukan bantuan orang lain.
Nota: Berikan sekurang-kurangnya empat fakta/perbezaan.(bergantung kepada markah diberikan)



Soalan 6
Huraikan tiga cabang  pengeluaran. [9 markah]

Jawapan:

Cabang pengeluaran terbahagi kepada perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung.
1. Perusahaan
Ialah aktiviti menukar bahan mentah kepada barang siap.

a)  Ekstraktif
Aktiviti menghasilkan bahan mentah dari bumi dan laut termasuk pertanian, perlombongan, perikanan, perhutanan.

b) Perkilangan
Aktiviti memproses bahan mentah menjadi barang separuh siap dan barang siap.

c) Pembinaan
Aktiviti mengguna barang separuh siap dan barang siap untuk dipasang dan dibina seperti memasang kereta, kapal dan membina bangunan dan jambatan.


2.  Perdagangan
Aktiviti mengagih barang daripada pengeluar kepada pengguna terakhir.

a)  Perniagaan
Aktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan.

b)  Bantuan Perniagaan
Perkhidmatan yang digunakan untuk membantu perniagaan seperti perbankan, insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan, dan promosi.


3.  Khidmat Langsung
Iaitu perkhidmatan peribadi diberi secara langsung kepada pengguna untuk memenuhi keperluan dan kehendaknya.
  

Soalan 7
Huraikan empat   faktor-faktor  pengeluaran. [12 markah]

Jawapan :

Tanah
Ialah sumber alam semula jadi yang terhad /anugerah Tuhan.
Contoh ialah hasil galian dan hasil pertanian.

Modal
Ialah faktor pengeluaran yang digunakan oleh seseorang usahawan untuk melancarkan proses pengeluaran.
Contohnya wang tunai dan mesin pengeluaran.

Usahawan
Ialah individu yang menggabungkan faktor modal,buruh dan tanah untuk menghasilkan pengeluaran.
Contohnya ialah pengurus syarikat.

Buruh
Usaha manusia  secara fizikal/mental bagi menghasilkan pengeluaran.
Contohnya buruh mahir seperti  akauntan syarikat dan buruh separuh mahir seperti operator pengeluaran.



Soalan 8:
Jelaskan empat  perbezaan antara peniaga dengan usahawan.[8 markah]

Jawapan :

PERBEZAAN ANTARA  PENIAGA DENGAN USAHAWAN


Peniaga

Usahawan
1.   Skop aktivitinya sempit,
Iaitu menjual dan membeli sahaja.

1.     Skop aktivitinya luas,
Iaitu mencipta, memulakan dan mewujudkan sesuatu.
2. Mengutamakan keuntungan kerana keuntungan merupakan tujuan utama.
2.  Mengutamakan sumbangan dan bakti kepada negara dan masyarakat.
3.  Skala operasi kecil dan  kaedah pengeluaran statik.
3.  Skala operasi pada peringkat awal kecil tetapi berpotensi untuk berkembang.
4.  Tidak kreatif dan tidak berupaya untuk membuat pembaharuan.
4.  Mempunyai daya cipta  dan inovasi yang tinggi.

Nota: Berikan sekurang-kurangnya empat fakta/perbezaan.



Soalan 9:
Jelaskan maksud usahawan. [2 markah]

Jawapan :

Maksud usahawan
Ejen / individu yang menggabungkan  faktor tanah, buruh dan modal untuk menghasilkan keluaran.
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perusahaan dan menanggung segala risiko perniagaan.



Soalan 10:
Terangkan empat peranan usahawan. [8 markah]

Jawapan :

Mewujudkan peluang pekerjaan.   
Usahawan  memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan pekerjaan oleh itu pengangguran akan berkurangan.

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 
Usahawan mencipta dan menghasilkan pelbagai jenis keperluan dan kehendak seperti makanan, tempat tinggal, kereta, telefon bimbit  bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Penemuan ciptaan baru.     
Usahawan mempunyai sifat kreatif dan inovatif  dengan membuat penemuan dan ciptaan baru produk da perkhidmatan di pasaran.

Meningkatkan pendapatan negara
Melalui cukai yang dibayar melalui pengeksportan barang.

Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi.
Usahawan menggunakan sumber ekonomi dalam menghasilkan pengeluaran seterusnya akan menyumbang pendapatan dan pembangunan kepada negara.


Nota:
Jawapan anda perlu selaras dengan kehendak soalan.Sila sesuaikan jawapan anda dengan situasi yang dikemukakan dalam soalan.



Soalan 11:
Berikan maksud pengkhususan. [1 markah]

Jawapan :
 Maksud pengkhususan
Melakukan hanya satu pekerjaan atau satu aktiviti ekonomi tertentu secara khusus @ melakukan kerja mengikut kemahiran/kebolehan masing-masing.



Soalan 12:
Terangkan empat kebaikan  pengkhususan. [8 markah]

Jawapan : Kebaikan pengkhususan

Meningkatkan kemahiran /kecekapan
Tahap kecekapan tinggi kerana kerjanya dilakukan secara berulang-ulang.

Meningkatkan pengeluaran
Perkerja menjadi lebih produktif  bermaksud setiap pekerja boleh mengeluarkan lebih banyak keluaran dalam sesuatu tempoh masa tertentu.

Menjimatkan masa dan kos
Masa melatih pekerja dapat disingkatkan kerana hanya satu tugas dipelajari./
Kos operasi dapat dikurangkan kerana pekerja menjadi lebih produktif.

Membolehkan penggunaan mesin
Setiap kendalian merupakan kerja yang berulang dan dapat diganti dengan mesin.



Soalan 13:
Terangkan empat kelemahan  pengkhususan. [8 markah]

Jawapan : Kelemahan  pengkhususan

Membosankan
Pekerja menjadi jemu kerana melakukan kerja berulang

Kehilangan daya cipta, seni pertukangan dan kreativiti
Pekerja hanya terlibat dalam sebahagian proses pengeluaran ,oleh itu pekerja kehilangan kreativiti /daya cipta

Hasil yang standard
Hasil dalah seragam dan mempunyai mutu yang sama

Risiko pengangguran
Ini kerana kemahiran pekerja terhad dalam  satu bidang sahaja

Terlalu bergantung kepada negara lain
Pengkhususan terhadap sesuatu pengeluaran akan menyebabkan  sesebuah negara terlalu bergantung dengan Negara lain untuk memenuhi  keluarannya.



Soalan 14:
Terangkan empat  jenis  pengkhususan. [8 markah]

Jawapan : Jenis pengkhususan

Pengkhususan mengikut proses
Dilakukan di kilang moden dalam bentuk pembahagian kerja.

Pengkhususan mengikut pekerjaan/profesion.
Bermaksud setiap individu mengkhusus melakukan satu jenis pekerjaan mengikut kebolehan /kemahiran/kelayakan/kepakaran

Pengkhususan mengikut kawasan.
Berlaku antara kawasan di dalam sesebuah negara. /
Berlaku atas sebab seperti bentuk muka bumi/kesuburan tanah/perbezaan cuaca.

Pengkhususan antarabangsa
Berlaku diperingkat antarabangsa disebabkan oleh perbezaan tahap teknologi, faktor kuniaan alam dan bekalan buruh mahir.



Soalan 15:
Berikan maksud sistem barter. [ 1 markah]

Jawapan : Maksud sistem barter
Pertukaran barang x untuk barang y tanpa melibatkan wang @ pertukaran sesuatu barang tanpa melibatkan wang.



Soalan 16:
Terangkan empat kelemahan sistem barter. [8 markah]

Jawapan :
Kelemahan sistem barter
Masalah pertemuan kehendak serentak
Kedua-dua pihak yang terlibat dalam pertukaran mesti mempunyai kemahuan yang saling dapat dipenuhi.

Kesukaran untuk menentukan nilai pertukaran
Apabila barang ditukar,adalah sukar untuk menentukan nilai satu barang dengan barang lain.

Kesukaran membahagikan barang
Bagi sesetengah barang, pembahagian kepada unit yang kecil tidak dapat dilakukan.

Barang tidak tahan lama
Barang yang mudah busuk tidak mempunyai simpanan nilai yang baik. Oleh itu mesti di tukar dengan segera

Masalah membawa barang
Barang terpaksa dibawa bersama ketika mencari pembeli
Merumitkan bagi barang berat,banyak dan besar

No comments:

Post a Comment